Tuesday, 6 December 2011

Jom Sihat !

PUNCAK PIRAMID MAKANAN - Lemak, Minyak, Gula dan Garam
Tahukah anda bahawa lemak,minyak,gula dan garam bukanlah kumpulan makanan utama?
Bahan-bahan tersebut sering digunakan dalam penyediaan makanan.Ia membantu membuat makanan lebih sedap...... Walau bagaimanapun, kita haruslah mengurangkan pengambilannya kerana jika bahan-bahan ini diambil secara berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan.

MENGAPA.....Kurangkan Lemak, Kurangkan Gula ,Kurangkan Garam !
Makanan yang tinggi lemak dan gula mempunyai nilai tenaga(kalori) yang tinggi.Jika kita makan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula secara berlebihan, tenaga yang berlebihan dan jangkamasa yang panjang akan ditukar menjadi lemak badan. Lemak yang berkumpul dalam badan terutamanya di sekeliling perut dan menyebabkan berlebihan berat badan atau gemuk.Jika badan gemuk sehingga dewasa, ia akan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung dan kencing manis. Gula juga dikaitkan dengan pembentukan karies gigi(dental caries) manakala makanan yang mengandungi garam yang tinggi akan menghadapi risiko penyakit darah tinggi.

BAGAIMANA......Kurangkan Lemak, Kurangkan Gula dan Kurangkan Garam
Petua untuk menjaga kesihatan supaya badan cergas, minda cerdas !

Petua Kurangkan Lemak
  • Kurangkan makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, keropok, daging burger, sosej, nugget dan donut
  • Gantikan makanan bergoreng dengan makanan yang dikukus, rebus atau bakar.
  • Buangkan lemak daripada daging dan kulit ayam sebelum masak. Kurangkan lapisan marjerin/mentega di atas roti
Petua Kurangkan Gula
  • Kurangkan minuman manis seperti sirap,kordial buah-buahan dan minuman bergas.
  • Elakkan menggunakan susu pekat manis di dalam minuman.
  • Kurangkan makanan manis seperti donat, kek,kuih tempatan ,gula-gula(lollipop) dan biskut berkrim.
  • Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara makan utama dan sebelum tidur.
  • Semakkan kandungan gula pada senarai ramuan produk makanan.Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkangula merupakan komponen utama makanan tersebut
Petua Kurangkan Garam
  • Kurangkan menambah kicap, sos tomato/cili ke atas makanan
  • Kurangkan makanan yang diproses seperti sosej, nugget dan burger
  • Elakkan mengambil asam/jeruk buah.
Jadi...... adakah makanan kegemaran anda seperti di atas? Sekiranya begitu, anda haruslah kurangkan pengambilannya.Jangan mengambil makanan yang bergoreng, manis dan masin setiap hari.Jika anda teringin, makanlah dalam kuantiti sedikit sahaja dan mungkin hanya sekali dalam seminggu atau  dua minggu sekali. Semuanya di tangan anda.......
TEPUK DADA TANYA SELERA.....!

0 comments:

Post a Comment