Saturday, 10 December 2011

Senaman

Senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal


Mulakan tabiat bersenam melalui aktiviti harian seperti berikut
  •  Banyakkan menggunakan tangga dan bukannya lif.
  • Sekiranya boleh, adik-adik berjalan kaki ke sekolah.
  • Buat kerja rumah seperti menyapu lantai, menyapu sampah di halaman rumah dan mengelap tingkap.
  • Bangun 15 minit lebih awal untuk membuat senaman mudah di rumah.
  • Berjoging atau berbasikal pada waktu petang.
  • Menolong keluarga berkebun atau menyiram bunga.


Tahukah anda !!

Penduduk Negara Asia Manakah Paling Ramai Yang Gemuk?
                       
                                     
  •  Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun 2010, Arab Saudi merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk yang obes atau gemuk, iaitu sebanyak 35.6 peratus
  • Kedua ialah Emiriah Arab Bersatu dengan 33.7 peratus dan ketiga ialah Bahrian (28.9 peratus).
  • Malaysia berada di tempat keenam dengan 16.3 peratus penduduk yang gemuk.   
                  Walaupun berada di tangga keenam Asia, Malaysia berada di tempat pertama mempunyai paling ramai penduduk obes di Asia Tenggara



Berapa Ramaikah Rakan Anda Menghidap Diabetes?


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 305 kanak-kanak Malaysia yang menghidap diabetes jenis 2 dan mendapat rawatan di hospital kerajaan pada 2010.

                  Rekod Kementerian itu juga mencatat seramai 1.8 juta penduduk Malaysia mwnghidap diabetes. Majoritinya menghidap diabetes jenis 2, iaitu kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi.

                  Kementerian Kesihatan juga merekodkan sejumlah lebih 23 000 orang rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat diabetes pada 2010.
             

Thursday, 8 December 2011

Tip Gaya Hidup Sihat

Amalkan tip-tip ini untuk menikmati gaya hidup sihat




TIP 1
Capai berat badan yang normal



TIP 2
Tingkatkan aktiviti fizikal


TIP 3
Mengamalkan cara pemakanan yangsihat


TIP 4
Pengambilan Kalium, Magnesium dan
Kalsium yang mencukupi

TIP 5
Tingkatkan pengambilan Serat


TIP 6
Hadkan lemak dalam diet


TIP 7
Kurangkan atau elakkan pengambilan alkohol


TIP 8
Katakan ' Tak Nak' kepada rokok


TIP 9
Menangani stres/tekanan


         




Tuesday, 6 December 2011

Tangani Stres

AMALKAN 10B

Tahukah anda, apakah stres?  Stres adalah keadaan resah, cemas dan tegang akibat tekanan fizikal dan mental. Ia adalah respon fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Stres ini jika tidak diakwal atau ditangani akan mendatangkan akibat yang buruk buakan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling. Oleh itu. di sini diberikan10 tip untuk menangani stres

BERTENANG
Bertenang boleh membantu membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan

BERNAFAS SECARA DALAM
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam

BERKATA : " RELAKS "
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres

BERIBADAT
Banyakkan solat sunat, berzikir dan berdoa. Ia adalah terapi yang baik untuk menenangkan emosi dan melegakan perasaan

BERKONGSI PERASAAN atau masalah dengan seseorang. Jangan pendam perasaan atau masalah, sebaliknya kongsi dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan-kawan

BERURUT
Dalam keadaan stres otot-otot di lehar, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari.Berurut boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

BEREHAT dan mendengar muzik .
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran

BERIDAH
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit atau gunung, berkhemah dan melakukan hobi atau aktiviti yang dusukai boleh menenabgkan fikiran.Malah ia menyihatkan badan.

BERSENAM
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif.Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

Oleh itu , dengan melakukan kaedah 10 B, kesan fizikal stres seperti dengutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan. Justeru, ayuh sama-sama kita tangani stres dengan cara yang berkesan agar kita dapat hidup dalam suasana sihat dan harmoni.

Jom Sihat !

PUNCAK PIRAMID MAKANAN - Lemak, Minyak, Gula dan Garam
Tahukah anda bahawa lemak,minyak,gula dan garam bukanlah kumpulan makanan utama?
Bahan-bahan tersebut sering digunakan dalam penyediaan makanan.Ia membantu membuat makanan lebih sedap...... Walau bagaimanapun, kita haruslah mengurangkan pengambilannya kerana jika bahan-bahan ini diambil secara berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan.

MENGAPA.....Kurangkan Lemak, Kurangkan Gula ,Kurangkan Garam !
Makanan yang tinggi lemak dan gula mempunyai nilai tenaga(kalori) yang tinggi.Jika kita makan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula secara berlebihan, tenaga yang berlebihan dan jangkamasa yang panjang akan ditukar menjadi lemak badan. Lemak yang berkumpul dalam badan terutamanya di sekeliling perut dan menyebabkan berlebihan berat badan atau gemuk.Jika badan gemuk sehingga dewasa, ia akan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung dan kencing manis. Gula juga dikaitkan dengan pembentukan karies gigi(dental caries) manakala makanan yang mengandungi garam yang tinggi akan menghadapi risiko penyakit darah tinggi.

BAGAIMANA......Kurangkan Lemak, Kurangkan Gula dan Kurangkan Garam
Petua untuk menjaga kesihatan supaya badan cergas, minda cerdas !

Petua Kurangkan Lemak
  • Kurangkan makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, keropok, daging burger, sosej, nugget dan donut
  • Gantikan makanan bergoreng dengan makanan yang dikukus, rebus atau bakar.
  • Buangkan lemak daripada daging dan kulit ayam sebelum masak. Kurangkan lapisan marjerin/mentega di atas roti
Petua Kurangkan Gula
  • Kurangkan minuman manis seperti sirap,kordial buah-buahan dan minuman bergas.
  • Elakkan menggunakan susu pekat manis di dalam minuman.
  • Kurangkan makanan manis seperti donat, kek,kuih tempatan ,gula-gula(lollipop) dan biskut berkrim.
  • Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara makan utama dan sebelum tidur.
  • Semakkan kandungan gula pada senarai ramuan produk makanan.Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkangula merupakan komponen utama makanan tersebut
Petua Kurangkan Garam
  • Kurangkan menambah kicap, sos tomato/cili ke atas makanan
  • Kurangkan makanan yang diproses seperti sosej, nugget dan burger
  • Elakkan mengambil asam/jeruk buah.
Jadi...... adakah makanan kegemaran anda seperti di atas? Sekiranya begitu, anda haruslah kurangkan pengambilannya.Jangan mengambil makanan yang bergoreng, manis dan masin setiap hari.Jika anda teringin, makanlah dalam kuantiti sedikit sahaja dan mungkin hanya sekali dalam seminggu atau  dua minggu sekali. Semuanya di tangan anda.......
TEPUK DADA TANYA SELERA.....!

Friday, 7 October 2011

Jaga Pemakanan Supaya Badan Sihat

       Makanan adalah sumber keperluan terpenting untuk hidup.Selain memberikan bekalan tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, makanan juga menghulurkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk kesihatan badan.
       Dalam seharian kita perlu mengambil makanan sekurang-kurangnya lima kali, iaitu sarapan, makan tengah, minum petang, makan malam dan makan lewat malam.Tetapi awas! Jangan pula anda makan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi setiap masa. Sebagai manusia yang bijak , anda perlu peka dan prihatin dalam menjaga kesihatan badan anda.Piramid makanan adalah jawapan yang terbaik sebagai panduan memilih makanan.
      Jom kita pelajari apakah makanan yang patut dimakan, bagaimana dan banyak mana yang perlu dimakan.

Utamakan 5 Kumpulan Berikut Untuk Kekal Sihat!
Makanan yang berlainan membekalkan zat yang berbeza.

1. Bijirin dan produk bijirin(contohnya nasi, mi, roti, bijirin sarapan, oat dan barli)berfungsi dalam membekalkan tenaga untuk otak dan badan supaya cergas sepanjang hari.

2. Sayuran(contohnya bayam, kangkung, tomato, sawi, brokoli, ubi kentang, kubis dan lobak merah)membekalkan vitamin, mineral, lemak, protein dan juga karbohidrat. Kajian membuktikan kandungan komponen ini dapat membantu menangani pelbagai jenis masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang sihat.

3. Buah-buahan(contohnya betik, pisang, epal, oren dan jambu )mempunyai kandungan serat dan fiber yang banyak dan antara komponen makanan yang penting dalam diet seharian. Pengambilan buah-buahan dalam jumlah yang tinggi dapat menghindarkan kita daripada pelbagai jenis penyakit.Contohnya, pisang mempunyai banyak karbohidrat namun kaya dengan kalium.

4. Ikan, daging ,ayam,telur dan kekacang merupakan sumber protein terbaik untuk membina, mengekalkan dan menggantikan tisu-tisu dalam badan. Organ-organ badan, otot-otot dan sistem imunisasi kita dibina kebanyakannya daripada protein dalam badan. Begitu juga penghasilan hemoglobin(sel darah) yang amat penting untuk berfungsi membawa oksigen ke serata tubuh badan.

5. Susu dan produk tenusu(seperti keju dan yogurt) adalah sumber kalsium dan protein yang tinggi. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

Bagaimana untuk makan secara sihat? Ikutilah panduan Piramid Makanan

  • Makan ikut amaun yang dicadangkan. Makanan yang terletak di aras lebih bawah harus dimakan dalam kuantiti yang lebih, berbanding makanan yang terletak di aras-aras yang lebih tinggi. Jika dapat, makanlah nasi beras perang kerana ia mengandungi sekam yang elok untuk usus.
  • Anda perlu makan secara seimbang. Makan kesemua lima kumpulan makanan tersebut setiap hari. Contohnya, janganlah anda makan nasi sahaja tanpa ayam atau sayur. Minum susu dan roti semasa mengambil minum pagi.
  • Makan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Contohnya jangan pilih ayam sahaja setiap hari, tetapi bertukar-tukar dengan makanan lain dalam kumpulan itu, misalnya ikan.
  • Makan secara sederhana, walaupun bagi makanan yang anda gemari.
  • Lemak, garam dan gula terletak di aras atas sekali dalam piramid makanan dan harus dikurangkan. Elakkan makan yang bergoreng dan manis-manis. Contohnya kerepek,keropok, minuman bergas ataupun minuman kordial.
  • Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya lapan gelas sahari. Air amat penting untuk perjalanan fungsi tubuh dan untuk menggantikan air yang telah keluar melalui peluh dan juga air kencing/air besar.


Monday, 3 October 2011

Cara-cara basuh tangan dengan betul