Friday, 7 October 2011

Jaga Pemakanan Supaya Badan Sihat

       Makanan adalah sumber keperluan terpenting untuk hidup.Selain memberikan bekalan tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, makanan juga menghulurkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk kesihatan badan.
       Dalam seharian kita perlu mengambil makanan sekurang-kurangnya lima kali, iaitu sarapan, makan tengah, minum petang, makan malam dan makan lewat malam.Tetapi awas! Jangan pula anda makan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi setiap masa. Sebagai manusia yang bijak , anda perlu peka dan prihatin dalam menjaga kesihatan badan anda.Piramid makanan adalah jawapan yang terbaik sebagai panduan memilih makanan.
      Jom kita pelajari apakah makanan yang patut dimakan, bagaimana dan banyak mana yang perlu dimakan.

Utamakan 5 Kumpulan Berikut Untuk Kekal Sihat!
Makanan yang berlainan membekalkan zat yang berbeza.

1. Bijirin dan produk bijirin(contohnya nasi, mi, roti, bijirin sarapan, oat dan barli)berfungsi dalam membekalkan tenaga untuk otak dan badan supaya cergas sepanjang hari.

2. Sayuran(contohnya bayam, kangkung, tomato, sawi, brokoli, ubi kentang, kubis dan lobak merah)membekalkan vitamin, mineral, lemak, protein dan juga karbohidrat. Kajian membuktikan kandungan komponen ini dapat membantu menangani pelbagai jenis masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang sihat.

3. Buah-buahan(contohnya betik, pisang, epal, oren dan jambu )mempunyai kandungan serat dan fiber yang banyak dan antara komponen makanan yang penting dalam diet seharian. Pengambilan buah-buahan dalam jumlah yang tinggi dapat menghindarkan kita daripada pelbagai jenis penyakit.Contohnya, pisang mempunyai banyak karbohidrat namun kaya dengan kalium.

4. Ikan, daging ,ayam,telur dan kekacang merupakan sumber protein terbaik untuk membina, mengekalkan dan menggantikan tisu-tisu dalam badan. Organ-organ badan, otot-otot dan sistem imunisasi kita dibina kebanyakannya daripada protein dalam badan. Begitu juga penghasilan hemoglobin(sel darah) yang amat penting untuk berfungsi membawa oksigen ke serata tubuh badan.

5. Susu dan produk tenusu(seperti keju dan yogurt) adalah sumber kalsium dan protein yang tinggi. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

Bagaimana untuk makan secara sihat? Ikutilah panduan Piramid Makanan

  • Makan ikut amaun yang dicadangkan. Makanan yang terletak di aras lebih bawah harus dimakan dalam kuantiti yang lebih, berbanding makanan yang terletak di aras-aras yang lebih tinggi. Jika dapat, makanlah nasi beras perang kerana ia mengandungi sekam yang elok untuk usus.
  • Anda perlu makan secara seimbang. Makan kesemua lima kumpulan makanan tersebut setiap hari. Contohnya, janganlah anda makan nasi sahaja tanpa ayam atau sayur. Minum susu dan roti semasa mengambil minum pagi.
  • Makan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Contohnya jangan pilih ayam sahaja setiap hari, tetapi bertukar-tukar dengan makanan lain dalam kumpulan itu, misalnya ikan.
  • Makan secara sederhana, walaupun bagi makanan yang anda gemari.
  • Lemak, garam dan gula terletak di aras atas sekali dalam piramid makanan dan harus dikurangkan. Elakkan makan yang bergoreng dan manis-manis. Contohnya kerepek,keropok, minuman bergas ataupun minuman kordial.
  • Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya lapan gelas sahari. Air amat penting untuk perjalanan fungsi tubuh dan untuk menggantikan air yang telah keluar melalui peluh dan juga air kencing/air besar.


Monday, 3 October 2011

Cara-cara basuh tangan dengan betul

Sunday, 2 October 2011

Lagu Aktiviti Senaman

PENGENALAN

GAYA HIDUP SIHAT

Secara umumnya , gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.
           Matlamat utama gaya hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda,kaya atau miskin.